Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Friday, June 30, 2017

PEMBEDAHAN HEMPEDU HERNIA GASTRIK


KRONOLOGI PAGI 14 JUN 2017

11.45 malam
Saya memang dah MC semalam sebab gastrik. Petang dah ok sebenarnya. Bila malam saya rasa perut tak selesa. mula memuntahkan apa yg di makan. sebab selama ni bila saya gastrik...bila saya muntahkan semula...then minum air panas, gastrik akan kurang. Tetiba sakit berubah lokasi. Dalam 5 cm ke arah kanan dan ke bawah sikit dari ulu hati. sakit yang amat sangat dan non stop. tak tahu nak bayangkan. Sakittttttttt.....non stop. mulanya saya cuba bertahan kot-kot sakit tu tetiba berhenti.

1.30 pagi
saya mengejutkan suami yang dah tertidur.
"Abang...kat area bandar batu pahat ni, ada tak klinik yg bukak 24 jam ?"
"Mana ada...sakit sangat ke? kita terus ke kecemasanlah"...saya ikutkan aje sebab dah tak tahan rasanya. Dan terus bersiap naik keta.

1.50 pagi
Sampai ke unit kecemasan hospital pantai, batu pahat.
"Saya gastrik dari semalam. tapi petang tadi dah sihat. tetiba saya rasa sakit sangat tapi bukan di kawasan yg saya selalu gastrik"
Doktor tekan di kawasan yg aku kata sakit.
"Ini batu hempedu ni cikgu"
Doktor ni kenal saya sebab agak kerap juga saya bawa Pia untuk masuk gas sebab asthma.
"Cikgu nak ubat tahan sakit then datang semula atau masuk wad dan teruskan apa yang sepatutnya?"
Saya jawab..."Saya masuk wadlah. sakit sangat dan kalau duduk rumah pun nanti macamana nak atasinya? "
Doktor kata "ok. cikgu buat keputusan bijak. esok pagi lebih kurang jam 10, kita buat ultrasound untuk tengok hempedu cikgu".
Dengan adanya medical card yang suami belikan untuk saya (full covered), mudah bagi kami untuk buat keputusan tanpa memikirkan mana nak cari wang dalam kes emergency macam ni. saya pun belikan medical card full covered untuk suami saya. kami main tukar2 hadiah pada tahun 2014. Kami ambik Insurans Takaful melalui ejen Encik Samsi bin Hairan.

2.10 pagi
Saya dapat tido sbb dah dapat ubat tahan sakit. masuk di wad 308B. 

0 comments: