Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Sunday, December 17, 2017

SIMBIOSIS 2018 SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat, Johor


Kulit buku simbiosis 2018. ok tak ?
Gambar dari atas kawasan SMK Dato' Syed Esa.
Gambar diambil dan milik anak ustazah Kamilah Kassan.

SAHABAT SELAMANYA


Pada 17 disember 2017...keluar gambar friendship di facebook akaun saya...semua gambar antara aku dengan Dinn....Dia jiran sebaya, sama tahun lahir, jiran sebelah rumah. di rumah dia tempat saya mengaji Quran. di halaman rumah dia tempat kami main belon acah, sembunyi ibu, bola roundes, cungkil ayam, ting ting, main pondok-pondok juga sementara menunggu giliran mengaji, tangga rumahnya menjadi saksi kami membuat persembahan ala-ala konsert nyanyi gitu...dari tangga bawah sampai tangga atas...duduk bersusun pastu main teka-teki tulis something belakang badan...balik mengaji...kira satu dua tiga...semua lari lintang pukang. juga rapat dengan maknya. zaman dulu mak abah cuma ada motor. bila mak abah pergi rumah sedara or balik kampung...kami pakat tido rumah jiran or jiran sebaya akan tido rumah kita ramai-ramai. ru,ah dia pun dah jadi tempat makan kedua...kikiki...zaman kecik2...bila gula, beras, tepung atau apa2 aje abis...pinjam rumah sebelah. bila dapat gaji, pulang balik. sama2 gitu semuanya...sebab susah bersama. 

Bila form 4 form 5 dapat merasa sekelas dgn dia. dia budak pandai. best student UPSR, best student SRP dan best student jugak masa SPM. sepanjang membesar bersama...mak-mak zaman dulu sangat-sangat suka membandingkan kejayaan aku dengan dia. itu cabaran buat aku. tapi dengan cabaran itulah adanya aku sekarang ni. Dia sekarang menjawat jawatan tinggi di UTM. Dan bila masing2 dah berkerjaya...jumpa time raya aje. itu pun kalau giliran raya rumah mak mertua-dengan mak sendiri tersama. Hai Dinn! thanks jadi sahabat sepanjang hayat! melawat aku masa lepas operation dulu. persahabatan kita in shaa Allah selamanya. Diniha Miskam, pegawai CICT di UTM skudai. psst...semua gambar dulu2 kan...kikiki

psstt...perasan tak! baju sama aku pakai. sekarang pun time mengajar suami selalu tegur aku pakai baju yang sama je. bukan takda baju lain katanya. aku ni jenis suka pakai baju yang aku rasa selesa jek. yg tak selesa...memang pakai sekali ajelah...kiki. kalau pakai banyak kali tu maksudnya baju tu memang best lah! rasa2...anak murid pun perasan gak kot....hihihi...cikgu maths yang sempoi dan malas bergaya! kuang kuang kuang!

.

Saturday, December 16, 2017

cuma cerita saya lain sedikit. Syukur Alhamdulillah...kehamilan ke-3 dapat dipertahankan dengan kuasa Allah SWT setelah 8 tahun menunggu. Tak sedar mengandung dah 2 bulan. saya siap pakai kasut tumit tinggi...dari tapak kem pengakap terengganu yang tepi pantai tu jalan kaki mengiring ahli pengakap ke stadium runtuh tu...then bersama mereka keliling muzium losong...pendek kata...semua saya buat. balik jambori terengganu tu baru terasa semacam dan check kat doktor..Alhamdulillah. syukur sangat2. masa tu dah 2 bulan si piah saya kandungkan. lepas pia umur 2 tahun...gugur sekali lagi. semua ketentuan dari Nya. siapa kita untuk menidakkannya.

Monday, October 16, 2017

Bengkel Pemfailan Standard Persekutuan Pengakap Malaysia



Bengkel Pemfailan Standard Persekutuan Pengakap Malaysia Dengan kerjasama Jabatan Arkib Negara Malaysia.
Tempat : Ibu Pejabat Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur
Tarikh : 13 hingga 15 Oktober 2017
Pada video ini juga terdapat majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan World Scarf Day dan juga pembentangan resolusi pemfailan pengakap malaysia oleh wakil pengakap negeri Johor.

Kelihatan Tuan Haji Ramli Ibrahim sedang membentangkan resolusi pemfailan Pengakap Malaysia pada minit 2.24.


Sunday, September 24, 2017

COUNTDOWN PT3 dan SPM


EKPEDISI PENGAKAP REMAJA 2017

Starting Point  :  SMK Munshi Sulaiman
End Point : SK Seri Tanjong


































MESYUARAT PENTADBIRAN PENGAKAP NEGERI DI SMKDSE



Tuesday, September 12, 2017

LOGO BAHARU SMKDSE BAGI TAHUN 2017

Logo Baharu ini berkuatkuasa pada 12 September 2017
Sedikit perubahan di atas percambahan minda Tuan Pengetua Puan Roziah binti Tawil.


Friday, June 30, 2017

PEMBEDAHAN HEMPEDU HERNIA GASTRIK


KRONOLOGI PAGI 14 JUN 2017

11.45 malam
Saya memang dah MC semalam sebab gastrik. Petang dah ok sebenarnya. Bila malam saya rasa perut tak selesa. mula memuntahkan apa yg di makan. sebab selama ni bila saya gastrik...bila saya muntahkan semula...then minum air panas, gastrik akan kurang. Tetiba sakit berubah lokasi. Dalam 5 cm ke arah kanan dan ke bawah sikit dari ulu hati. sakit yang amat sangat dan non stop. tak tahu nak bayangkan. Sakittttttttt.....non stop. mulanya saya cuba bertahan kot-kot sakit tu tetiba berhenti.

1.30 pagi
saya mengejutkan suami yang dah tertidur.
"Abang...kat area bandar batu pahat ni, ada tak klinik yg bukak 24 jam ?"
"Mana ada...sakit sangat ke? kita terus ke kecemasanlah"...saya ikutkan aje sebab dah tak tahan rasanya. Dan terus bersiap naik keta.

1.50 pagi
Sampai ke unit kecemasan hospital pantai, batu pahat.
"Saya gastrik dari semalam. tapi petang tadi dah sihat. tetiba saya rasa sakit sangat tapi bukan di kawasan yg saya selalu gastrik"
Doktor tekan di kawasan yg aku kata sakit.
"Ini batu hempedu ni cikgu"
Doktor ni kenal saya sebab agak kerap juga saya bawa Pia untuk masuk gas sebab asthma.
"Cikgu nak ubat tahan sakit then datang semula atau masuk wad dan teruskan apa yang sepatutnya?"
Saya jawab..."Saya masuk wadlah. sakit sangat dan kalau duduk rumah pun nanti macamana nak atasinya? "
Doktor kata "ok. cikgu buat keputusan bijak. esok pagi lebih kurang jam 10, kita buat ultrasound untuk tengok hempedu cikgu".
Dengan adanya medical card yang suami belikan untuk saya (full covered), mudah bagi kami untuk buat keputusan tanpa memikirkan mana nak cari wang dalam kes emergency macam ni. saya pun belikan medical card full covered untuk suami saya. kami main tukar2 hadiah pada tahun 2014. Kami ambik Insurans Takaful melalui ejen Encik Samsi bin Hairan.

2.10 pagi
Saya dapat tido sbb dah dapat ubat tahan sakit. masuk di wad 308B. 

Thursday, June 08, 2017

PERGINYA MAK KEPADA PENCIPTA

Alfatihah buat allahyarhamah Hadijah binti Asbah.
Lahir pada 2 Oktober 1946 dan meninggal dunia pada 30 April 2017 bersamaan 3 Syaaban 1439 Hijrah.

Dalam sijil kematian mak tertulis kematian akibat pendarahan usus yang teruk.

Dapat call dari kakak pada subuh 28 April 2017 yang mengatakan adik lelaki, Norman Abdullah menelefon beliau..."mak suruh kak yot dan kak omah balik".


Lepas dapat call, kami terus bersiap segera dan meneruskan perjalanan dari Batu Pahat ke Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor. Sampai sekitan jam 9 pagi lebih. Mak terbaring dan kelihatan pucat sangat. Sesampainya, aku baring dan peluk mak. mak nangis. mak sakit. Dah 3 hari cirit birit dan 3 hari muntah. "Kita pergi klinik ya mak?"...mak mengangguk. Aku tunggu sebentar kakak dari kluang sampai. Bila kak yot sampai, mak dipapah ke pintu tengah.


Memang langsung tak boleh gerak dah. wheelchair arwah abah ada di rumah arwah kak silah pulak. Pergerakan terhenti di pintu tengah. Mak nak pitam...kami dudukkan sbeentar di pintu tengah sambil mak menangis "mak dah nak pergi agaknya"...kakak nampak mak macam hypo. Kakak saya pembantu farmasi klinik kerajaan. Lepas mak minum milo yg kakak buatkan...mak nampak segar sikit.


....nanti sambung lagi.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SUami 2016


Tahniah buat suami, Tuan Haji Ramli bin Ibrahim kerana memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk tahun 2016. Semoga abang bertambah cemerlang dan menuju apa yang dicitakan. In shaa Allah. amiin.

.

Sunday, April 09, 2017

ANUGERAH GPS TERBAIK 2016


Sunday, March 19, 2017

NO SIJIL PENDAFTARAN 15BP

NOMBOR SIJIL PENDAFTARAN
KUMPULAN 15 BATU PAHAT
PENGAKAP SMK DATO' SYED ESA

M4660

Saturday, March 18, 2017

KEJAYAAN BERMAKNA SPM 2016 SMKDSE

MASIH HANGAT DIJIWA !!


Tahniah untuk semua pelajar SPM 2016 SMKDSE dan juga guru serta para ibu bapa. Pada tahun 2014, cetusan idea pihak pentadbiran yang diketuai Pn Hjh Faridah Kalam juga dibantu oleh Ustaz Mokhtar Ashari Firdaus Nahlawi barisan guru kanan bidang, Pn Siew Suan Goh , Pn Hjh Noraini Marsini Smkdse , Pn Ruhana Ana Hashim serta Pn Fadzlon Zulfa merombak balik pakej tingkatan 4. Menganalisis kembali tahap kebolehan pelajar juga dibantu Kaunselor. 

Menawarkan satu kelas utk Sains Tulen, satu kelas Sains Tekno (campuran sains sukan dan sains pertanian), mewujudkan kelas Sastera Agama dan mengekalkan kelas Sains Agama, kelas perdagangan dan kelas KEM-kemahiran (pendidikan seni)...maka..hasil rombakan itu menyumbang sebahagian besar KEJAYAAN para pelajar dalam SPM 2016. walaupun GPS naik sedikit, tetapi hasil keseluruhan dan keberhasilan kejayaan pelajar hanya cikgu-cikgu sekolah ini sahaja yang memahaminya. Tahniah buat para pelajar, guru-guru, pentadbir sekolah, ibu bapa dan penjaga serta masyarakat di sekeliling. Moga, dengan hadirnya pengetua Baharu, Pn Roziah Tawil membawa lebih kejayaan untuk warga SMKDSE dengan caranya tersendiri.


Monday, March 06, 2017

e Buletin MSSDBP

Saturday, February 18, 2017

KATA SEMANGAT

Jadikan diri...

Secekal Sumaiyah
Sesabar Siti Hajar
Setenang Siti Aishah
Setabah Siti Khadijah

Jadikan para wanita itu,
Idola kita...In shaa Allah. Amiin.

Wednesday, February 08, 2017

PANDUAN PEMANTAUAN KELAS ABAD KE-21

Sebagai panduan dan rujukan bersama warga SMK Dato' Syed Esa - SMKDSE



Saturday, January 21, 2017

Logo Sekolah Transformasi