Ad Code

Responsive Advertisement

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan 1


 Definisi Dokumen Standard Prestasi
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Kerangka Standard Prestasi
Band 1        Tahu
Band 2        Tahu dan Faham
Band 3        Tahu, Faham dan Boleh Buat
Band 4        Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Band 5        Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Band 6        Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Tafsiran Band
Band 1      
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respon kepada pekara yang asas

Band 2      
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari

Band 3     
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi

Band 4      
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik

Band 5      
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif

Band 6      
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal

Kenapa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dimulakan dengan kumpulan pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2012?
Mulai tahun 2014, penilaian berasaskan peperiksaan awam bagi PMR akan dimansuhkan. Pelajar akan dinilai berdasarkan pencapaian tiga tahun bermula tingkatan 1(2012). Penilaian ini akan dijalankan oleh setiap guru mata pelajaran. Tiada lagi istilah 8A untuk PMR (tingkatan 3) tetapi semua subjek termasuk PSV. Sila klik link surat pekeliling mengenai PBS
http://www.moe.gov.my/lp/files/pekeliling/2011/SP%20Bil%202%202011%20Penambahbaikan%20PMR.pdf

Oleh itu semua pelajar harus berusaha menunjukkan prestasi cemerlang kerana tiada lagi istilah A tetapi akan diganti dengan Band 1 hingga 6 bagi setiap mata pelajaran.

kredit to http://psvsakti.blogspot.com/2012_04_01_archive.html

Post a Comment

0 Comments