Ad Code

Responsive Advertisement

Histerosalpingografi


Histerosalpingografi ialah sejenis pemeriksaan X-ray untuk melihat pada rahim dan tiub fallappio. Bagi sesetengah orang, ini sebahagian daripada penyiasatan bagi kurang kesuburan – gagal menjadi hamil. Prosedur ini juga digunakan untuk memeriksa sesuatu keganjilan dalam bentuk dan struktur rahim demi melihat sebab mengapa keguguran bayi sering berlaku.

Ujian Hysterosalpingogram

Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian lain diperlukan. Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelar Hysterosalpingogram . Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap bayi jika kehamilan telah berlaku.

Post a Comment

0 Comments