Ad Code

Responsive Advertisement

Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010

JUMAAT, 19 Mac 2010 - Pada 14 hingga 18 Mac 2010, telah berlangsung dengan jayanya Ujian Pentarafan Pengakap Raja anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor di Kem Pengakap Jubli Intan, Tajung Laboh, Batu Pahat, Johor.

Seramai 152 orang peserta, 15 pentaraf, 18 penolong pentaraf dan 20 orang urusetia (pemimpin dan kelana) terlibat dalam menjayakan program tersebut kali ini.

Manisnya ujian kali turut dibantu oleh Setiausaha Pasukan Latihan Negara, Tn Hj Rahmat bin Jaafar, En Ariff Harman - Pentaraf Pengakap Raja Negeri Selangor, Pn Mariyati Siwa - ADC Kapar, Selangor, En Razak Shahidan - Pesuruhjaya Ibu Pejabat PPM, Kapten Rosila Mohamad Haroman - Pegawai Teknikal Ibu pejabat PPM. Tuan Pesuruhjaya Negeri, Tn Hj Yaacob A Karim turut sama menjadi pemerhati tetap sepanjang program ini berlangsung.

Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2010 ini diketuai oleh Tn Hj Ibrahim bin Abdullah.
Berikut adalah data ujian tersebut;
Batu Pahat - 65 orang
Johor Bahru - 60 orang
Kluang - 3 orang
Muar - 10 orang
Segamat - 3 orang
Kulai - 1 orang

Semua calon Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010 berkesempatan menyambut Maulidur Rasul di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh pada malam 17 Mac 2010(Rabu). Dikesibukan dinilai, dan kesuntukan masa, calon pentarafan dapat menganjurkan majlis yang penuh bermakna ini. Penceramah jemputan adalah Al-Ustaz Khairuzzikri bin Hj Anuar. Tetamu khas adalah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Yaacob A Karim.



Post a Comment

0 Comments