Ad Code

Responsive Advertisement

Ciptaan Allah S.W.T itu Sungguh Menakjubkan...

Allah memberi petunjuk makanan yang terbaik untuk tubuh kita.

Agaknya sudah beribu kali anda mendengar atau membaca ungkapan ini, "Anda adalah apa yang anda makan". Oleh itu memilihlah bila makan. Kearifan orang dahulu tentang permakanan kini disahkan oleh kajian sains. Setiap makanan berkhasiat mempunyai corak menyerupai organ tubuh atau fungsi fisiologikal yang menggambarkan faedah makanan tersebut kepada seseorang yang memakannya.

Berikut beberapa contoh apa yang dimaksudkan:


Karot yang dihiris kelihatan seperti mata manusia. Pupil, iris dan garisan jejari seakan-akan mata manusia. YA, sains telah membuktikan karot membantu pengaliran darah ke dan dari mata serta fungsinya.



Tomato mempunyai empat ruang/bilik dan berwarna merah. Jantung kita berwarna dan mempunyai 4 ruang. Kajian juga mendapati tomato sarat dengan likopin yang merupakan sumber makanan jantung dan darah.




Anggur tergantung dalam kelompok yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan seperti sel darah. Kajian-kajian yang dijalankan dewasa ini menunjukkan anggur adalah makanan yang memberi tenaga kepada jantung dan darah.







Kacang walnut kelihatan seperti otak, ada hemisfera kanan dan kiri, sereberum atas dan sereberum bawah, malah kedutannya menyerupai neo-korteks. Kacang walnut membantu peningkatan pengeluaran lebih 3 dozen neuron-transmiter untuk otak berfungsi.



Kacang merah besar (sedap buat pengat) membantu merawat dan mengekalkan fungsi buah pinggang. Ya kacang bunus nampak betul-betul seperti buah pinggang manusia.




Sayur saderi, bok choy, rubarb dan banyak lagi kelihatan seperti tulang. Sayur-sayuran ini adalah untuk kekuatan tulang. Tulang mengandungi 23% sodium, begitu juga dengan sayur-sayuran ini, 23% sodium. Sekiranya permakanan anda tidak mempunyai cukup sodium, tubuh anda akan mengambilnya dari tulang dan membuatnya menjadi tidak kuat. Makanan ini menggantikan kehendak skeletal badan kita.

Buah avokado, terung, pear pula menyerupai rahim dan serviks wanita. Kajian terkini menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avokado setiap minggu, hormonnya seimbang, membuang berat badan setelah bersalin dan mencegah kanser serviks. Sebenarnya, avokado mengambil masa 9 bulan dari masa benih sehingga buahnya masak. Juga terdapat 14,000 khasiat kimia fotolitik dalam setiap buah. Pokok avokado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.

Buah tin atau buah ara mempunyai biji yang banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai. Buah ara dapat meningkatkan pergerakan dan bilangan sperma lelaki serta meningkatkan jumlahnya. Juga mengatasi masalah kemandulan lelaki. Agaknya ia menyerupai apa? hehe..jangan ingat lain tau..ini ilmu...



Keledek menyerupai pankreas dan ia mengimbangkan indeks glikemik pesakit kencing manis.




Buah zaitun pula baik untuk kesihatan dan dapat membantu fungsi ovari.






Limau, lemon, oren dan grapefruit serta buah-buahan sitrus kelihatan seperti kelenjar susu/mamari wanita. Sebenarnya buah-buahan tersebut dapat membantu kesihatan payudara dan pergerakan keluar masuk limfa dari payudara.


Bawang besar kelihatan seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang besar dapat membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga boleh menyebabkan air mata yang membasuh lapisan epitelial mata. Begitu juga dengan bawang putih yang dapat membuang radikal bebas dari tubuh manusia.


Menakjubkan kan ???


Dipetik dari Surat Berita MAKNA neoplasia dan Blog Info Kesihatan
http://www.wanibrahim.com/sihat/2008/04/anda-adalah-apa-yang-anda-makan-bhg-1.html




Post a Comment

0 Comments