Ad Code

Responsive Advertisement

JAMBORI PENGAKAP MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA KE-7 TAHUN 2009

Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Johor yang telah berjambori di Jambori Pengakap Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Aku dan suami sempat melawat sehari pada 1 Jun 09. Semoga jambori kali ini dapat menambah ilmu kepengakapan selain menimba ilmu tentang Bandaraya yg bersejarah.

Tahniah buat Tn Hj Yaacob, Pesuruhjaya Pengakap negeri Johor kerana telah diannugerahkan Anugerah Gemilang Presiden yg telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan telah disampaikan oleh Dato' Seri Haji Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Tahniah juga buat ketua kontinjen, Cikgu Shes Sueba(Pesuruhjaya Muar) kerana telah berjaya membawa kontinjen dengan jayanya. Juga Ajk terlibat serta semua ahli kontinjen Johor.
Dibawah nie ada diselitkan gambar2 yg sempat dirakamkan....


Pintu Gerbang Kontinjen Johor

Dato' Kaharudin, Ketua Pesuruhjaya berucap pada Jamuan teh anjuran Kontinjen Johor.

Tn Hj Yaacob (Pesuruhjaya N.Johor) dan cikgu Shes (Pesuruhjaya Daerah Muar) sedang menyaksikan persembahan kuda kepang. Khusuknyer...

Cikgu Ramli meluangkan masa melawat geng-geng.... takut kebulur katanya...ahaks!!!...

Aku sempat bertemu dgn rakan blog Eimiza Kamal . Masa perhimpunan 100thn aku jumpa Aibiwai.
Tahniah untuk kalian. Pengakap itu tak lekang dari jamborinya. Apa nikmatnya jambori ??? Hanya org berjiwa pengakap sahaja yg akan menikmati keseronokkannya.

Post a Comment

0 Comments