Ad Code

Responsive Advertisement

Balik Kampung Melawat Jenazah Allahyarhamah Mak cik

Assalamulaikum dan Salam sejahtera

19 April 2009 (Ahad) disubuh hari dalam jam 5.00 pagi aku n suami berangkat pulang ke kota tinggi apabila mendpt tahu mlm tadi yg mak cik aku yg berada di Felda Air Tawar Dua meninggal dunia jam 7.00 malam (sabtu mlm ahad).

Buat pertama kali jua aku melihat mayat dimandikan. selalunya aku tengok mayat di kapankan jek. kali nie depan mata mayat dimandikan. Pengalaman itu amat berharga bagi diriku. Mak cik aku nie merupakan saudara yg paling rapat dgn keluarga kami.

Masa kecil dulu, kalau malas-malas buat kerja, mak mesti hantar ke rumah mak cik ku. mak cik garang dan pandai mendisiplinkan anak. hehehee.. yelah..kecik2 duduk kat felda, kerjanya main aje. sungai ada, pokok ada utk dipanjat, main baling tanah dan macam2 lagilah...seronok membesar di FELDA walaupun kami membesar dalam keadaan miskin.

Setelah selesai semua termasuk dikebumikan. dalam jam 1.00 petang aku ke rumah mak ayah aku di Felda Air Tawar Satu, sebelah felda jek tapi disebabkan antara kedua felda ini dipisahkan dengan ladang kelapa sawit, dalam 15-20 minit juga nak sampai ke felda aku.

Sampai rumah, aku masak, kami makan bertiga aje. aku, suami dan abah. mak tinggal rumah arwah sebagai wakil org tua. lepas makan dan setelah selesai mengemas dan membasuh pinggan, aku pegi belakang rumah...

amboi...seronoknya..bermacam2 tanaman yg mak aku tanam..semua subur...
alamak!!!!...tak bawa kamera lah..aku pinjam handphone suami utk ambil gambar. hphone aku pixel tak berapa bagus.

Permandangan waktu matahari naik di Felda Bukit Ramun, Kota Tinggi


Buah Terung Bulat



Manggis, lebat buahnya tapi belum masak.


Rambutan nie nampak jarang-jarang buahnya sebab baru lepas kena hujan panas.


Pokok Keledek. Suburnya....


Eee... pedasnya!! pokok cili padi yg sarat dgn buahnya!!!


Pokok Cili yg tumbuh sendiri di tepi dapur rumah.

Post a Comment

0 Comments