Ad Code

Responsive Advertisement

Perbezaan Beduk dan Ketuk-ketuk


Pada masa lalu bilamana tidak ada alat siaraya, radio mahupun television maka bagi umat Islam "beduk" telah memainkan peranan penting. Beduk dipalu dengan rentak khas bagi menandakan waktu solat sudah tiba.

Di sepanjang bulan Ramadhan beduk terlalu penting bagi umat Islam pada zaman dahulu. Beduk juga dipalu bagi menandakan waktu berbuka puasa sudah tiba, malah beduk juga digunakan sebagai alat untuk memberi makluman kepada orang ramai tentang sesuatu hal yang sedang terjadi dalam satu-satu kampung seperti ada kematian ataupun kesusahan yang sedang dihadapi. Pendek kata beduk pada masa lalu adalah sebagai alat pengumuman.


Post a Comment

0 Comments