Ad Code

Responsive Advertisement

Album Pengakap Lama


Masa cuti sekolah yg panjang memang macam2 benda bleh dibuat.
Tetapi apa yg nak dilakukan kena fikir 2x coz memandangkan aku blum abis pantang. benda berat2 blum leh angkat lagi.

Kemas rak buku kat bilik bacaan yg mcm2 adaaaaa......
Buka album lama...teringat naik gunung ledang bersama pelajar SMK Bandar Baru Uda, SMK Johor Jaya 1, member aku spt nizam, nasarudin dan aku...

Kami terkandas dan sesat kat atas gunung tu. pusing2 sampai 3kali. masing2 perasan yg kami dah melalui laluan yg sama dan xdpt jln kluar. Hiking kami bermula pagi 7.30 dan target turun smula ke kolam gajah petang tu jugak. Kami berjaya ke puncak tengahari tu...sungguh nyaman air di celah2 batu... Akibat cramp dan sesat akhirnya pagi esoknya kami baru sampai ke kolam gajah. Mungkin ada yg bermulut celupar sepanjang pendakian. mungkin ada betulnya bahawa kita tak boleh cakap sebarangan di gunung ledang ini. Sepanjang kami menuruni bukit, pelajar ku berkata ada makhluk lalu berselang seli. aku sebagai satu2nya guru pompuan dok blakang sekali sepanjang perjalanan turun tu.

Tips bagi aku, ke mana2 aku pergi bercamping tak lupa bawa surah yasin kecil. Pelindung diri. Alhamdulillah..setakat nie tak ada yg mengganggu aku sepanjang masuk hutan.

Untuk geng Ledang...ke manakah kalian ketika ini???
Aku lepas kahwin dah tak panjat gunung lg..
Kat gambar tu aku tepi skali pakai baju merah + sling beg...

Last gunung yg dipanjat...Gunung Tahan tahun 2001
.

Post a Comment

0 Comments